Wednesday, May 19, 2010



4/15/10

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan


Cerita masalah pekerja ladang di N.Sembilan sebelum ini :
Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilanhttp://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilanhttp://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BNhttp://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

*****************************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti,” katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia,” katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris,” katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran,” katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566955.asp


Friday, April 16, 2010

Saya berjanji bekerja 'siang dan malam' - Kamalanathan - Utusan Malaysia 16 April 2010 / 2 jamadil Awal 1431


HULU SELANGOR 15 April - Calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan, 44, berjanji untuk bekerja keras 'siang dan malam' demi kebajikan rakyat di kawasan Hulu Selangor sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April depan.


Kamalanathan juga berjanji untuk menjadikan dirinya milik rakyat dengan tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan Hulu Selangor, seiring dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini jika BN kembali memerintah Selangor.


Katanya, pendekatan mesra rakyat akan digunakan bagi memenangi hati pengundi dengan matlamat utamanya adalah untuk menyedarkan rakyat di kawasan itu betapa pembangunan akan hadir serta-merta jika calon BN menguasai semula negeri ini. Sila lihat http://isupembangunansudahtaklaku.blogspot.com/

Kamalanathan janji beri khidmat 120 peratus
Oleh S Anand Kumar dan Siti Haliza Yusop
bhnews@bharian.com.my
2010/04/19

 KAMALANATHAN disambut  peneroka Felda ketika   berkempen dengan menunggang basikal di Felda Sungai Tengi Selatan bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
KAMALANATHAN disambut peneroka Felda ketika berkempen dengan menunggang basikal di Felda Sungai Tengi Selatan bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.


Penduduk Hulu Selangor diminta bantu BN capai kemenangan

HULU BERNAM: “Apabila mahu membersihkan sungai, ia harus bermula dari hulu. Ini adalah fakta berdasarkan geografi dan perkara sama perlu kita lakukan jika ingin ‘membersihkan’ Selangor, iaitu bermula di Hulu Selangor,” kata P Kamalanathan sambil menerima sorakan gemuruh penduduk Kampung Gesir Tengah di sini, semalam.


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu turut meminta penduduk Hulu Selangor membantunya menawan semula daerah itu supaya dapat dipulihkan oleh BN selepas negeri itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang, dua tahun lalu.


Menyifatkan pemilihannya sebagai amanat besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau yang berjanji memberi khidmat 120 peratus kepada penduduk, berkata beliau mahu membantu BN melakukan lebih banyak perubahan di Selangor.


PERSOALANNYA:

Perubahan yang macam manakah dapat dilakukan oleh BN? Bukankah kami rakayat Malaysia dah memberikan kepercayaan kepada BN lebih dari 50 tahun untuk membawa pembanguan UNTUK RAKYAT tetapi BN HANYA MEMBAWA PEMBANGUNAN UNTUK MENINGKATKAN KEKAYAAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR BN bukannya untuk menjimatkan kos sara hidup rakyat. Dengan memilih BN kami yang menanggung akibatnya, kos sara hidup meningkat!


Janganlah hanya tunggu pilihanraya baru hendak berjanji dan laksanakan pembanguna serba sedikit. Sebagai pemegang teraju pemerentahan negara, pembangunan hendaklah dibuat secara terancang dan bukannya hanya menunggu pilihanraya baru nak dibuat!

Jaminan PM kepada pengundi

HULU SELANGOR 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor bahawa Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu diadakan.


Untuk menunjukkan keseriusan kerajaan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN melantik Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Noh Omar sebagai pengawas yang akan memastikan semua janji itu ditunaikan. (Satu bentuk pengakuan: bahawa BN selama ini adalah penipu, sentiasa menipu rakyat dengan janji-janji pilihanraya}


Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan kerana salah satu isu di kawasan Parlimen berkenaan ialah pengundi bimbang jika janji yang dibuat tidak ditunaikan walaupun pelbagai pengumuman dibuat.


"Saya hendak beritahu kepada pengundi di Hulu Selangor, jangan gusar BN akan tetap tunaikan semua janji. Selama ini, rekod kita menunjukkan apabila ada pilihan raya kecil, kita berjanji, kita tunaikan," katanya.


Hai, biar betul. jangan lupa rakyat ada dimana-mana dan ada kemudahan canggih untuk mencari bukti sama ada janji-janji BN itu ditunaikan atau tidak! Contohnya mana jambatan yang dijanjikan utuk penduduk Manik Urai yang dijanjikan dalam PRK sebelum ini? mana? tak jumpa pun! yang ada hanyalah bekas pecah tanah untuk menandakan bermulanya pembinaan jambatan tu, tetapi lepas itu, tak ada apa pun!


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan dengan jentera BN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa, di sini, hari ini.


Dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan Ahad ini, calon BN, P. Kamalanathan akan berhadapan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan turun padang bagi memastikan segala janji yang telah dibuat oleh kerajaan dilaksanakan.


''Jika tidak cukup peruntukan, saya sebagai Menteri Kewangan akan meluluskan peruntukan bagi membolehkan apa yang dijanjikan itu dilaksanakan," katanya.


Ooi sedapnya berjanji, maklumlah berjanji kan perkara mudah, yang susahnya, yang sukarnya untuk melaksanakan janji. tapi janji orang yang mengharapkan kemenangan biasalah, sanggup berjanji apa sahaja, tetapi apabila masanya dah tiba, tak ada apa-apa pun macam biasalah, macam yang sudah-sudah.


BN lupakah berapa banyakkah janji yang ditaburkan kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor dalam PRU 2008? Kenapa tak dilaksanakan? Kenapa tak ditunaikan? Ni nak berjanji yang barulah, macamlah penduduk-penduduk Hulu Selangor ni semuanya dah lupa, lupa pada janji-janji yang BN buat dahulu!


Najib berkata, langkah melantik Noh dilakukan bagi memberi keyakinan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa kerajaan BN akan menunaikan janji yang dibuat.


PERSOALAN & PERTANYAAN!

Kami ingin bertanyakan soalan berikut supaya disampaikan kepada Najib, yang diminta disampaikan oleh anggota-anggota PDRM. Jika kerajaan mempunyai duit, kenapa tak bayar gaji kami konstabel-konstabel polis yang sudah tamat latihan rekrut dengan tangga gaji yang sepatutnya kami nikmati sebagai konstabel. Kenapa gaji kami ditahan dan masih lagi menerima gaji sebagi rekrut sedangkan kami sudahpun tamat latihan itu? kenapa? kenapa? Kenapa?


Soalan kedua: Kerajaan telah pun mengistiharkan kenaikkan gaji pegawai-pegawai polis tetapi sampai sekarang kami pegawai-pegawai polis tak nampak pun nampak sebarang kenaikan gaji sejak peristiharan itu dibuat?


Soalan ketiga: Kerajaan juga mengistiharkan kenaikan gaji asas untuk anggota-anggota polis berpangkat rendah. Tetapi kenapa tak dilaksanakan? tangga gaji kami sehingga kini masih sama seperti sebelum tarikh peristiharan itu dibuat. Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Persoalannya kenapa Najib begitu mudah berjanji tetapi apabila sampai masanya tiada. Jadi pengundi-pengundi Hulu Selangor fikir-fikirlah baik sama ada janji yang dinyatakan oleh Najib dan pemimpin-pemimpin BN itu akan ditunaikan atau tidak, sedangkan sebelum ini sudah begitu banyak janji tetapi tidak dilaksanakan!


Selanjutnya Najib menyatakan

''Inilah isu utama di sini iaitu sama ada BN mampu menyelesaikan masalah pengundi atau tidak, maka saya memberi jaminan pada malam ini sebagai ketua kerajaan, kita tetap akan melaksanakan semua janji kepada pengundi.


''Tolong sampaikan perkara ini, pemberita-pemberita tolong laporkan, inilah janji kita," katanya sambil menyifatkan isu-isu lain seperti cabar-mencabar dan tuduhan oleh pembangkang bukanlah isu utama.


Beliau berkata, ketika ini permuafakatan antara parti komponen BN amat baik kerana boleh bertolak ansur walaupun Parlimen Hulu Selangor mempunyai 53 peratus pengundi Melayu.


''Tetapi kita bagi kepada MIC kerana kalau hendak kira majoriti, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang orang India menjadi majoriti, oleh itu sampai bilakah mereka akan mempunyai wakil di Parlimen, sampai kiamat pun mereka tidak ada wakil," katanya.


Najib berkata, berdasarkan kepada perkiraan itu, BN membenarkan calon MIC bertanding kerana kerusi seperti Hulu Selangor amat berharga jika MIC mahu mendapat pengaruh dalam politik negara.


''Semua warganegara Malaysia berketurunan India mesti sokong calon kita (BN) kerana mereka tidak ada banyak kerusi Parlimen," katanya.


SIAPA KATA? BUKANKAH DAH ADA RAMAI WAKIL KETURUNAN INDIA DI PARLIMEN? TENGOKLAH DALAM PKR! TENGOKLAH DALAM DAP? SIAPAKAH MEREKA? Bukankah mereka lebih berjaya jika berada dalam DAP dan dalam PKR!





AKHIRNYA BN MENGAKU BN TIDAK TUNAIKAN JANJI-JANJI NYA MASA PILIHANRAYA!

Beri peluang sekali lagi untuk BN bukti janji: Hishammuddin


2010/04/23 Berita Harian

KUALA KUBU BHARU: Penduduk Hulu Selangor diminta melupakan kesilapan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan memberi peluang kepada parti itu membuktikan janji membawa lebih banyak kebaikan kepada penduduk.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia kerana rakyat sudah pun menghukum BN pada Pilihan Raya Umum 2008 sehingga mengubah suasana politik di negara ini.


Saya tahu kesilapan BN dan semua itu sudah berlalu kerana kerajaan hari ini lebih mendengar rintihan dengan setiap rintihan cuba diselesaikan segera,” katanya selepas Majlis Bersama Rakan Cina, di Kampung Air Panas, di sini semalam.


Pada majlis itu, peruntukan RM100,000 disalurkan bagi penyelenggaraan jalan ke tanah perkuburan Cina kawasan berkenaan.


Pengajaran dari Ijok: JANJI-JANJI BN

HANYA DI BIBIR BUKAN DI HATI

Saturday, 24 April 2010 2:11 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu pengundi di Hulu Selangor mengambil iktibar berhubung janji-janji pilihanraya yang ditaburkan oleh Barisan Nasional semasa kempen bermati-matian parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok pada Pilihan Raya Umum (PRU).


Menurut tokoh korporat itu, semasa beliau ditentang oleh calon BN di kawasan itu, gerombolan Umno dan Barisan Nasional menabur pelbagai janji kepada pengundi termasuklah pemberian beras kepada pengundi.


Khalid menjelaskan, sebaik beliau menjadi MB, beberapa pembekal dan pekedai runcit menemuinya agar membayar sejumlah wang kerana mereka telah memberikan beras secara percuma kepada penduduk dalam Dun Ijok.


“Apabila saya tanya, siapa yang suruh kamu beri beras itu?


Mereka menjawab (pemimpin) BN, semasa kempen PRK Dun Ijok dan oleh kerana saya kini MB, saya kena selesaikan kerana mereka mendakwa arahan ketika itu datangnya dari pemimpin BN,” katanya semasa berceramah di Padang Awam, Batang Kalai malam tadi.


Sehubungan itu, katanya, beliau mengajak rakyat Selangor terutamanya dalam Parlimen Hulu Selangor mengambil iktibar terhadap kejadian itu kerana BN amat terkenal dengan janji dan pada masa yang sama belum pasti ditunaikan.


“Saya amat yakin pengundi di sini amat bijak belaka, dan saya berharap mereka menilai pentadbiran kerajaan negeri dengan adil kerana kita berjaya menguruskan Selangor dengan telus dan terbuka dan rakyat boleh menilainya sendiri berbanding BN yang membazirkan billion ringgit wang pembayar cukai di negara ini,” tambahnya.


Turut serta dalam ceramah itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sim Tze Pin dan pimpinan Pakatan Rakyat dari kawasan Hulu Selangor serta kira-kira 700 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada ceramah umum di padang tersebut malam tadi.


Pengundi usah termakan janji BN
Mohamed Noor Jaafar

HULU SELANGOR, 24 April: Pelbagai janji manis ditabur Barisan Nasional (BN) sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 17 April lalu tetapi belum tentu dapat dinikmati rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor selepas mereka membuang undi esok.

Semuanya ibarat ‘menanam tebu di bibir mulut’ yang hanya bertujuan meraih undi dan memenangkan calon mereka.

Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil.

BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuklah

1. pembinaan Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah,

2. projek tembatan banjir,

3. perumahan kepada peneroka,

4. bantuan baiki rumah,

5. baik pulih masjid,

6. bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan

7. peruntukan tambahan untuk baiki bumbung tujuh buah rumah pangsa.

8. untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini jika BN kembali memerintah Selangor.

9. peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor

10. berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu.

11. peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa



Hebat, hebat betul janji BN tu. Tetapi macam biasalah JANJI BN! Bukannya ditunaikan pun!. Itukan JANJI BN! namapun JANJI BN! Ianya suatu jenama komersial BN masa pilihanraya yang boleh di jadikan omongan dan gelak ketawa rakyat dimana sahaja. baru padan muka BN. itulah asyik berjanji, disini berjanji, disana berjanji, tidak ditunaikan pun! maklumlah JANJI BN! kan, kan!


Sebaliknya Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakannya seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk.


Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain.


Ketika pilihanraya inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin BN bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang-bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang.


Sekarang ini pemimpin-pemimpin BN ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambarkan bahawa mereka prihatin dengan masalah rakyat.


Kalaulah pemimpin-pemimpin BN benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah sudah tentunya dah terbela dan tak perlulah lagi merayu undi minta simpati dari pengundi-pengundi. Takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat.


Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu.


Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN.


Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’.


BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS.


Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan.


Hai, itukan merupakan pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara tak langsung, tak disedarinya mengaku bahawa BN hanya pandai berjanji masa pilihanraya tetapi lepas itu tak buat apa pun !